Mutiara kata:-
"Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim, ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok." Imam Hassan Al-Banna

Pages

Thursday, 8 March 2012


Rancangan pengajaran harian

Mata Pelajaran                 : Pendidikan Kesihatan
Tunjang                            : Kesihatan Diri Dan Keluarga
Tajuk                                : Kesihatan Diri
Tarikh                               : 28 Februari 2012
Masa                                : 8.00 pagi - 8.30 pagi
Tahap                               : Dua
Tahun                               : Dua Melati
Bilangan murid                  : 30 orang
Objektif                              : Pada akhir proses pembelajaran, murid dapat :
     Kognitif                              : Mengenali dan menyatakan cara-cara penjagaan  
                                                kesihatan

   Afektif                                  : Murid dapat menerapkan nilai penjagaan kesihatan dan 
                                                kebersihan dalam diri mereka.

   Psikomotor                           : Murid dapat  menjaga kebersihan diri dengan betul


   Inovasi                               : Membangunkan satu blog iaitu

                                                 http://edm2104pedagogi.blogspot.com/

   Pengetahuan sedia ada      : Murid selalu menggosok gigi dan       

                                                 mandi  untuk  kebersihan diri.

Penerapan nilai                 : Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.
KBKK                                : Murid merancang pengurusan kesihatan dan kebersihan diri 
                                             seharian.
Penggabungjalinan            : Tunjang 1 - Perasaan – Emosi
Kesepaduan                      : Pendidikan Seni - Melukis poster.
Alatan                              : LCD, komputer riba, model berus gigi, model sabun mandi,kertas lukisan,


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti PnP
Organisasi
Catatan BSPP/Nilai
Set induksi
   (5 minit)
.
1.Memberi penerangan ringkas mengenai tajuk Kesihatan Diri..

2.Menunjukkan tayangan video /blog mengenai penjagaan kebersihan diri seperti gigi, mencuci tangan dan amalan pemakanan

3.Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan mengenai cara-cara penjagaan kesihatan.
1.Guru memberi penerangan dihadapan kelas mengenai tajuk Kesihatan Diri.

2.Guru menunjukkan tayangan video kepada murid-murid mengenai cara penjagaan kebersihan gigi, , dan mencuci tangan

3.Guru beri sehelai kertas kepada setiap kumpulan dan senarai seberapa banyak cara penjagaan kesihatan.

Komputer  riba,LCD.


Aktiviti perbincangan kumpulan.


Langkah 1(10 minit)


1.Demonstrasi penjagaan kebersihan diri.

2.Lakonan budak sakit gigi, gatal-gatal badan dan gatal kepala berjumpa doktor.


1.Memanggil 3 orang murid untuk menjadi model cara menggosok gigi.

2.Memanggil empat orang murid untuk melakonkan watak doktor,pesakit gigi,pesakit gatal-gatal badan dan pesakit gatal kepala




Model berus gigi, model dan model sabun mandi
Aktiviti main peranan.

   Langkah 2
(10 minit)

1.Melukis poster mengenai penjagaan kebersihan diri

1.Memberikan sehelai kertas lukisan kepada setiap orang pelajar untuk melukis poster berkenaan penjagaan kebersihan diri.

Kertas lukisan,pensel dan pensel warna.

Aktiviti melukis





Penutup
( 5 minit)



1.Membuat sesi refleksi bersama murid-murid.



1.Guru mendengar refleksi daripada murid-murid mengenai cara penjagaan kesihatan dan kebersihan diri dan memberi komen.
































No comments:

Post a Comment